Khamis, 5 April 2012

Koleksi Bingkisan Kalbu

Cenderahati untuk dikenang, buat sahabat handai dan taulan. Bingkisan jiwa tanda keikhlasan menjadi ingatan tanda sebuah penghargaan. Titipan yang selalu diabadikan bersama kenangan.


  1.  


Cara terbaik adalah kenalpasti kegemaran dan minat diri agar koleksi tidak menjadi sampah peribadi.



Sediakan dan rancang tempat penyimpanan agar habuk tidak merosakkannya dan pilih bentuk dan warna yang sesuai.

 





Ciptalah sesuatu yang indah untuk tatapan mata dan jadikan kretiviti yang ada 

Rabu, 4 April 2012

Taman Hati Menghiasi Laman

Bertemu kita di lembaran Taman Hati. Impian menghias laman mengikut hati sanubari dan bajet perlu dirancang dengan diteliti. Bukan mudah nak mengurus laman sendiri, oleh itu biar ringkas namun dapat memberi ketenangan minda dan hati.



Petua ketika berbelanja:
1. Buat senarai yang perlu dibeli sahaja.
2. Belanja mengikut kesedaran iaitu berdasarkan bajet yang ditetapkan bukan mengikut kegilaan nafsu.
3. Sebelum berbelanja, makan terlebih dahulu. Nafsu berbelanja pasti akan kurang dan dapat dikawal. Cuba lakukan......



Bila dikenangkan keadaan kewangan belum mencukupi, kupendam dulu hasrat ini di Taman Hati. Insya Allah cukup pertengahan tahun ini dapat aku menjayakan impian ini. Doakan yang terbaik buat impianku.....Taman ku syurga ku....Laman Hati ku.






Isnin, 2 April 2012

Rumah Impian

http://www.interiorarcade.com/home-design-house-design/small-house-designs/elegant-lavishing-small-house-design/

Pautan ini memaparkan salah satu hiasan dalaman kediaman yang menjadi impian saya. Saya pasti anda juga mempunyai impian untuk menata rias rumah kediaman anda. Tidak salah jika kita mendapatkan sedikit sebanyak tips yang dapat memberi teratak impian kita kelihatan kemas, teratur, bergaya dengan hiasan yang tidak terlalu berat. Lebih tepat RINGKAS dan ELEGAN...
Kalau nak diikutkan teratak yang saya duduki sekarang tidaklah semewah dan segah seperti apa yang saya impikan tetapi saya sedang berusaha ke arah itu. Memiliki sebuah rumah impian yang memenuhi citarasa saya.